Sunday, 11 July 2010

Getaway To Excellent



bila otak kita digunakan dengan 100% maka datang lah bermacam2 idea termasuklah idea mencuci baju yang penuh efficient lagi penjimatan dari En. Aziz seorang tokoh akademik yang saya kenali....

malas basuh baju?
nak jimatkan sabun?
tak mahu bazirkan tenaga?
segala2 nya ada penyelesaiannya...
nak tahu macam mana?
ikuti langkah2 berikut...

  1. kepenatan setelah balik dari kuliah memang menyebabkan anda ingin terus baring ke katil untuk mengenang nasib berkenaan dengan hari anda yang penuh tekanan itu.
  2. anda mesti hendak mandi kerana merasakan tekanan itu sungguh merimaskan dan membuatkan anda sungguh tidak selesa
  3. jadi, tidak perlu menanggalkan baju atau pun seluar.
  4. sambil anda mandi, anda boleh lah menyental baju dan seluar anda gunakan tersebut.
  5. malah anda juga boleh memilih sama ada ingin menggunakan sabun mandi atau sabun basuh kain untuk menjadi sabun cucian anda.
  6. kiranya kalau korang pakai baju time mandi tu, masa korang sabun tu, dalam2 pun boleh rasa sekali...
  7. kemudian bilas dengan bersih... haaa kan senang tu?
  8. owh jangan lupa jemur k... 
jimat bukan? hahahaha... aku pun tak pernah terpikir sampai camni sekali. Btw, ada ke orang pernah buat camni? Korang  tak nak try ke?

p/s ; satu hari suntuk di UiTM, terima kasih buat aku kepenatan di hari Ahad.

Friday, 18 June 2010

Flashback

Setiap orang kat dunia ni mempunyai masa zaman kanak2 nye tersendiri. Zaman kanak2 di mana kite banyak belajar baik dan buruk, ya dan tidak, dan macam2 lagi lah.... Uniknya zaman kanak2 ni, kita sangat amatlah nakal smpai parents kita sendiri boleh naik pening pikirkan ape nak buat ngan kite smpai ada yg marah and denda kite just untuk bagi kite pengajaran. Masa kite kecik2 memang kite rasa nyampah gile, rasa nak cubit2 je mak ngan ayah kite sebab marah kite but at the end of the day kite jadi rapat balik ngan dorg sebab apa, sebab tu parents kite, diorang jaga kite start dari kite lahir lagi, kite secara otomatik syg dorg, and kalau diorg yg x bagi makan kat kite sape lagi yg nak bagi kan? 

So entry kali ni aku nak try bawak korang semua flashback memori time aku kecik2 dulu :
  • masa baru lahir dulu aku tak kuat nangis, kalau nangis pun orang tak dengar
  • then bila dah boleh bercakap, aku lah orang paling kuat melalak, sampai org kat hujung jalan nun boleh dengar suara aku
  • aku slalu gadoh ngan adik aku, smpai bertumbuk pun ada, yg takleh blah nye kitorang slalu kalau gadoh2 tu mesti ada men round2 kat satu meja makan tu, bile tgk balik meja tu mesti ada sentimental value maw tergelak2 dibuatnye
  • pasu bunga, gelas kaca, seramik kau sebut je lah ape yang ada kat porch rumah aku tu, mesti ada yg pernah menjadi mangsa permainan bola sepak kitorang. smpai pernah satu masa tu mak aku tembuk bola tu, menangis2 aku dibuatnye sebab bukan senang nak beli bola time kecik2 dulu.
  • pagar rumah, grill tingkap, grill pintu, and paling mengajaibkan atap rumah semuanya aku pernah panjat time kecik dulu smpai mak aku panggil aku spiderman nak pujuk aku turun. sebab kalau naik aku memang ligat betul nak turun. pening pale orang2 rumah aku dibuatnye
  • perangai masuk longkang yg x leyh dibendung, kalau dipikir2kan balik aku pun taktaw kenapa time kecik2 dulu aku suke sgt masuk longkang. Malu parents aku dibuatnye, bile diceritakan balik aku mampu tersenyum je. 
  • main nyorok2 memang fav aku, smpai kat mana aku sorok pun org takleh predict, pernah tak kau menyorok bawah tudung saji yang mak kau buat tutup lauk tu, pernah tak kau menyorok di balik surat khabar, pernah tak kau menyorok kat belakang almari yang hanya ada ruang antara dinding dalam 12 inci camtu
  • lompat tikus, kalau tak silap masa sekolah rendah memang aku cukup suke lompat melompat ni, kalau korang pun pernah main permainan nih mesti korang terasa ajaib dengan permainan kita masa kanak2 dulu. satu lompat tikus, dua lompat tikus, tiga lompat tikus and so on. aku dah lupa lah what d next sequel but yg aku pasti safwan n adiknya shakir, hazwan, shaza, hani, jadi geng sepermainan aku time nih.
  • permainan yg pernah aku main masa kecik2 dulu : guli, dam, congkak, carom, tutup botol, nyorok2, pepsicola, konda kondi, baling selipar, lompat tikus, galah panjang, onetwostop, enjit2 semut, pukul berapa datuk harimau, batu seremban, men kejar2, n mcm2 lagi lah tp yang tetap jadi favorite aku smpai ke besar tu ha men nyorok2
  • melaram : hahaha ini memang penyakit aku dari kecik lagi, mak aku kate dalam family aku ni, memang aku paling kuat melaram, bawak2 ke besar penyakit melaram aku ni, menggaya kan apa saja jenis baju yg bg aku nmpk menarik memang perangai aku x leh ubah smpai skrg. mak aku kata, "ni la waris anak aku yg kuat melaram" siap ada p/s lagi : "melaram branded2 je anak mama ni" erk sentap aku, aku rasa baju2 aku tu biase2 je.
  • berlakon n tiru suara. mak aku kata kau dulu selalu tiru gaya shah rukh khan, lagi2 bila dpt spek mata hitam. smpai jiran aku aunty tini tu panggil aku "anak shah rukh khan" padahal aku anak mak aku, ye la dulu mana la aku taw shah rukh khan tu sape, kecik lagi kan. pastu yg bestnye, aku kecik2 dulu boleh tiru mcm2 jenis suara kartun, donald duck, bugs bunny, goofy, mickey mouse, gosshhh kalau lah dulu ayah ada beli videocam n rakam dat moment masa suara tak pecah lagi tuh... mesti chumel kan (^_^)
Nak listkan semuanya aku rasa memang berjela2 lah post aku ni, tp ni mmg aku berusaha keras ingat balik zaman kecik2 yg aku rindukan. Ini cerita aku, cerita korang mcm mane pulak? Mesti ada something yg unik boleh kita kongsi kan bersama? 

p/s : korang akan gelak balik bila, korang cerita semula kenangan korang masa kecik2 dulu ngan family korang. X percaya? cubalah... =)

Wednesday, 16 June 2010

Que Up Please




okay entry kali ni aku nak cite pasal aktiviti que menque segelintir rakyat malaysia. Queue bererti beratur dalam bahasa melayu. Beratur merujuk Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan membawa maksud tersusun rapi dan kemas. Jadi kat sini aku nak tekan kan sesetengah aku rasa hampir majoriti rakyat Malaysia yang kurang berdisiplin dalam mengikut peraturan beratur. Skrg aku akan state kan bertapa tak berdisiplinnya rakyat Malaysia dalam situasi beratur ini...


  • Kau tengah bawak kereta dalam traffic jam, kau punya baiklah beratur ikut jalan kau, memang komfem2 lah jalan tu kau punya, tiba2 datang kereta ntah dari mana, zzooommm masuk kat depan kau, dah la x bagi signal & ada sesetengah tu plak siap hon lagi. non ethical berda bedoo betul lah driver tersebut. Kau pun naik angin n maki2 as org yg potong kau tu dgr apa yg kau ckp. Mana lah rakyat Malaysia ni tak ramai yg darah tinggi kan
  • Ni kat cinema punye cite lak, pada satu hari rabu (tiket murah) lagi2 time cuti sekolah, kau pegi dtg kat cinema tu seawal yang boleh sbb slalunya 1st showing untuk cinema adalah at 1130. Smpai je kat cinema tu kau tgk counter ticket die, humakaih... panjang die mcm ulaw melingkaw di atas pagaw. Kau pun beratur lah dgn kesabaran dlm hati yg tinggi agar cepat2 lah turn kau dtg. Tiba2 datanglah beberapa makhluk Tuhan, tak pepasal je die pegi jumpe kawan die kat depan tu, cakap nak beli tiket gak. Kawan die tu pun punyelah baik hati bagi pulak die beratur dibelakangnya. Huhuhu kalau siapa yang perasan tu memang berderau darah naik kat otak. Rasa nak sound direct je tp takleh kan?ini public, nanti die malu n tak pasal2 je boleh jadi perhatian org ramai. Sama lah jugak masa kau nak beli popcorn tu nanti.
  • Yang ni pulak memang selalu berlaku dalam shopping mall. Dah lah tgh ada sales sana sini, kau pun taw lah berapa penuhnye manusia time2 camni. Nak bergerak pun errgghhh sesak gile, tp nak wat cmne kan? sales tak selalu, n barang2 yg kau minat tu pulak tibe2 ada 70% off. Kau pun kena cekal kan diri pegi mengharungi mall2 yg berkenaan. Then bila kau dah pilih, kau mesti lah nak try kan baju2 tu? Kau pun queue up lah dekat fitting room tu, bukan men lame lg, patutnye lepas ni turn kau tp bile org yg dlm fitting room tu keluar je tibe2 ada mangkuk pentingkan diri masuk wat perangai tak bersalah die tutup pintu. Pooomm, tak terkejut pulak kau dibuatnye, dah la penat menunggu, ni pulak ada org buat perangai. Memang datang lah angin satu badan kau tu. Lagi sekali datanglah penyakit darah tinggi seorang rakyat Malaysia?
  • Food court, fast  food restaurant dan sewaktu dengannya. Memang bunyinya agak teratur, tp cube kau singgah la mana2 food court yg bertempat di mall2 utama mcm midvalley dan times square pada waktu peak hour iaitu lunch time dari kul 12 till pukul 2. Memang penuh, sgt2 lah penuh, and pernah aku tgk ada org tapau n go to someother places just untuk makan benda yg diorg beli tu. So kau pun dgn muka yg happy tp kelaparan itu pergilah ke tempat makan tersebut, dan macam biasa kena lah beratur. Kau memang sgt berdisiplin dalam bab2 beretika lg2 pasal mkn. Kau respect org lain, kau tak potong line dorg, ko beratur start dr belakang org terakhir dlm line. Kau pun menguntum senyuman smbil berpikir apa yg nak dimakan. Tiba2 datang lah malaun ntah dari mana, buat2 tanye pasal makanan itu makanan ini. Kau pun pelik, dan kau rasa suspicious sambil hati kau berbisik : "Betul ke orang ni tak taw ape isi dalam tu? dah terang2 die tulis Mee Kari Udang." Kau pun buatlah muka tertanye2 kau yang kononnye comel tu. Tibe2, tup2 mangkok tu terus order makanan camtu je, and mamat tu pun ngan selamba adabnye amik lah order mamat tu. Kau dlm hati, perghhh terbakar je, memang kau dah kenyang makan hati dah time tu. Memang berasap2 otak kau tahan sabar, telinga pun dah merah2. Tp nak wat cmne kan? public! kau pun mendiam je tunggu turn kau.
So skrg ni kau nampak tak apa yg aku nmpak? Tu baru sikit je aku list kan, belum lagi aku list kan pasal beratur nak tunggu giliran kat JPN, beratur wat driving license, beratur nak tunggu burger yang paling sedap kat ampang, beratur masa nak naik LRT time2 peak hour & beratur untuk mcm2 lagi lah. Aku just nak state kat sini yg kite semua kena lah ingat, jangan selfish, tak rugi pun kalau kite beratur, sebab bile dah smpai masa, mesti lah turn kita pulak. Ini tak, dah lah kau tak beratur, potong line orang, orang lain sumpah2 kau, silap haribulan maw kau kena sepak orang. So please que up will you? Thank you.

p/s : aku tgk semut berjalan pun diorang beratur, lagi bijak semut drpd korang yg tak beratur tu...

Tuesday, 15 June 2010

Perempuan Dan Shopping

Seringkali kalau seorang perempuan pergi ke mall matanya tidak akan terlepas pandang terhadap kedai2 seperti MNG, PDI, Kitchen, Cotton On, Forever 21 dan sewaktu dengannya. Tapi diorang bukan takat tak lepas pandang malah akan cuba sedaya upaya untuk memasukkan diri dalam kedai tersebut dan melihat baju2 mahupun accessories2 di kedai tersebut. Taw tak kenapa terjadinya fenomena seperti ini? Setelah kerap kali membuat observation dan survey terhadap kawan2 makan sy senaraikan lah beberapa sebab kenapa girls cenderung kepada aktiviti bershopping...


  1. it their natural habits. mcm laki gak, kenapa laki ramai minat sukan lasak mcm bola and ragbi?
  2. bcuz dorg rasa hobi lain mcm kumpul stem or bermain congkak tidak lagi sesuai sbg aktiviti mengisi masa lapang
  3. satu baju memerlukan kepelbagaian aksesori (handbag, gelang, rantai, spek mata, heels, belt) semuanya nak kena matching ngan dress yg dorg beli
  4. sebab dorg mampu, kalau x mampu xda la dorg dok gedik2 masuk kedai2 sedemikian rupa
  5. mengikut kajian shopping merupakan antara salah satu aktiviti yg boleh menajamkan minda seorang wanita kerana mereka sebenarnya meng"analyze" harga, saiz, warna, bentuk dan segala jenis characteristic baju, dress, kain, skirt, seluar, accessories yg mereka beli bersesuaian dgn personality diri mereka
  6. shopping juga membuatkan seorang wanita begitu puas, kerana mereka sungguh sinikal dalam pemilihan baju2 dan accessories yg dibeli mereka. Sesuatu yg perfect bg mereka adalah amat penting, lagi2 dalam segi penampilan diri.
  7. perfume, mascara, foundation, eye liner, eye shadow, lip gloss dan sewaktu dengannya ada ke laki pakai semua nih? xda kan? So it a logic that perempuan lah yg kena beli benda2 cmni cuz bukan takat nak pakai je malah to make them become more attractive
  8. bags, bags and lot of bags!!! kenapa perlu? cube kau pikir kalau laki keluar apa je yg dorg bawak? wallet, car key n hp je paling koman. kalau perempuan? dorg punye wallet, perfume, lip gloss, sikat, hp, card holder, tisu, spectacles, keys, reminder n so on. And bags adalah satu benda yg amat penting bile girls nak keluar gi mane2 tak kira lah shopping mall ke, event2, dinner keluar jalan sekejap je pun kena bawa bags. 
  9. HEELSSS....... kegilaan mereka, terpikir tak kenapa? Dekat rumah dah ada mcm2 jenis heels pun still nak beli heels lagi. Okay 1st sebab keadaan matching with their outfit tu dan 2nd, heels ni lah pelengkap kecantikan dorg sebenarnya. Girls memang camni, dari hujung rambut smpai hujung kaki diorang nak melaram. kalau dari rambut kau boleh perhati die dgn sepit rambutnye, pengikat rambut, bunga2 lah and mcm2 lagi. Kat leher dgn rantainya. Di tangan dengan gelang, cincin dan pengilat kuku. pinggang yg memerlukan belt. Dan of course kaki yg memerlukan heels. Itu baru bahagian yg kita nmpk, yg kita tak nampak? Aku pun tak taw. So heels ni penting sama penting mcm baju yg dipakainya itu. So jgn terkejut kalau kat rumah gf kau ada mcm2 jenis heels yg berbeza inch nya. Plus, heels ni menampakkan gf kau yg agak rendah tu, duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kau. 
So for guys, and boyfriend2 out there, korang kena lah faham kenapa girls or girlfriend korang suka sangat shopping, bukan dorg nak sbnrnya but they have too... it for ur own good actually. Look at the positive side, kau jalan2 ngan gf kau, pastu orang ckp ish gf mamat tu tak lawa lah, very the ....... Kadang2 kalau kau dengar byk kali kau pun panas hati kan? Mesti lah kalau boleh kau nak gf yg paling attractive among d others kan? So let them be, bile die ajak kau teman shopping, temanlah die skali walaupun ia agak annoying sbb kau harus menunggu lama. But kalau dah kata syg, apa2 pun boleh kan? Kat situ lah datang peranan kau jadi fashion advisor die, die sbnrnye nak buat penampilan terbaik die untuk kau, bukan untuk org lain. Dia taknak kau lari dari hidup die, so die kena jadi lebih attractive compare to d others... takyah nak bohong lah kalau kau cakap x. sebab aku dah tgk ramai laki camtu, dorg mmg suke sgt tgk perempuan yg cantik2, tiptop2 nih. Furthermore, aku pun laki gak kan... =)

p/s : shopping memang best, lagi2 time ada duit dan masa tu tgh sale!

Monday, 14 June 2010

Tolong Tunjukkan

situasi 1 - hari ni ada wedding kat rumah kawan aku tu, tapi macam mane aku nak ke sana huh?

situasi 2 - kawan aku dr puchong otw ke rumah aku, die mintak aku guide die smpai ke rumah aku, camne eyh?

situasi 3 - kawan aku pagi2 dah call  tanya aku cara pergi ke uptown damansara dari kelana jaya


So entry kali ni, aku nak ceritakan tentang hidup aku dan liku2 perjanlanan, bukannye perjalanan hidupku tapi perjalanan di atas jalanraya... Aku dan jalanraya bukanlah satu benda yang sinonim, as aku lebih gemar menggunakan public transport instead of driving myself to certain2 places... but untuk masa2 tertentu penggunaan transport sendiri adalah amat perlu lagi2 bile nak pergi ke arah yg tidak mempunyai public transport yg berdekatan....

Aku tidak mempunyai masalah langsung sekiranya nak pergi tempat2 yg dah slalu aku singgah or lalu lalang, but bila mendapat panggilan or seruan untuk pergi atau menunjukkan destinasi ke tempat2 tertentu aku memang mengalah... skrip yang slalu aku guna pakai "sory aku tak sure lah" or "sory aku tak tau lah"... Bukannya sebab aku tak taw langsung tapi aku memang tak reti meng"guide" org dari satu tempat ke satu tempat yg lain, kalau korang nak taw, aku nak guide orang dari kedai belakang rumah aku tu ke rumah aku ni pun aku tak pandai, padahal tak smpai 500 meter pun jauhnye

So penyelesaiannya kalau aku terpaksa pergi ke tempat yang aku jarang pergi, aku akan menggunakan khidmat "GoogleMaps" dan juga khidmat sekalian rakyat Malaysia terutamanya orang2 di stesen minyak mahupun kedai2 tepi jalan bcuz i believe they know their places very well. Furthermore, aku bersyukur sebab Tuhan bagi aku daya ingatan dan instinct yang agak bagus di atas jalan raya, instead of mengikut signboard2 jalanraya yg agak memeningkan kepala, aku mengikut gerak hati aku untuk menemui jalan yang lebih mudah ke destinasi yang ingin ditujui.

And again aku nak stated semula kat sini, "I'm NOT a road expertise" (para reporter, ibu2 bapak2, cousin2, jiran2, kawan2 semua take note ye)

p/s : teringat pulak kata sorang kawan aku tu "Ikut signboard je lah awak..."

Wednesday, 2 June 2010

Not Bad At All

sebab aku teringin sangat nak masuk pawagam lately ni, jadi aku pun dengan sengaja membawa kereta aku tu pegi ke galaxy ampang tu, and yes tak crowded kalau nak tgk movie kat sini, lagi2 hari weekdays, kalau kat times square, pavillion, mid valley, klcc and sunway... komferm dah beratur panjang... aku datang je terus dpt pegi kat counter ticket tu, yeay tak ramai org dalam cinema!!! hehehe boleh baring2 kalau nak bwekkk =P




yezza!!!
aku dah berjaya dah tgk cite ni, yup memang aku nak sangat tgk cite nih, start dari aku main game die lagi aku dah tertanya2 asal dorg tak wat movie pasal cite ni ye, n yes dorg dengar luahan hati aku, and aku berpuas hati gila with this movie, sebiji mcm apa yg aku main dalam game tq disney n tq jerry bruckheimer for making this come true. dari awal cerita smpai habis aku khusyuk tgk cite ni, full of action, n sume skill2 lompat melompat dalam game tu, ada gak dalam cite ni, teruja gila aku tgk. yup it is not bad at all. thumbs up untuk korang! plus hero n heroin dlm cite ni lagi nmpak sasa n sexy dalam cite ni hahaha! =D


and masa otw balik boleh la ada dua mangkuk yg buat aku angin satu badan, aku memang kalau atas jalan raya senang marah, lagi2 kat mangkuk2 yg ada driving license tapi macam takde. aku pun tak faham lah ngan dorg ni bile kete mahal2 macam mercedez, bmw, and honda tapi signal ada hapa pun tak nak pakai, ape lah salahnye pakai signal tu syg oi, tak bazir tenaga kau pun nak on signal tu in fact dpt slamatkan nyawa kau lagi... tak pepasal je aku nak berlanggar ngan tembok before entrance kat jalan masuk area rumah kedai ni... gmbr depan tu, gmbr kete yg dipandu oleh mangkuk yg x reti gune langsung signal kete die... not bad at all kan?

p/s: dua situasi yang berbeza dalam tajuk yg same. not bad at all... =D

Kemas Mengemas Orang Lelaki

jarang sama sekali lelaki dikaitkan ngan aktiviti kemas mengemas tp kali ni kita dpt tgk dah ramai org lelaki involve in doing this thing, in fact ada yg smpai jadi celebrity terkenal sebab aktiviti kemas mengemas deko mendeko

ok stop stop aku tak nak merepek panjang but tgk je lah hasil sebelum dan selepas mengemas bilik aku yang agak sangat bersepah ni... =)

Sebelum...








Selepas







p/s: sambil kemas mengemas aku ditemani oleh habuk2 yg berterbangan lalu membuat aku bersin2 sepanjang hari... tidak perlu memerlukan blusher, habis merah hidung aku dibuatnye...

Sunday, 30 May 2010

Sebab Potong Rambut


Tgh syok2 aku dok bersembang ngan adik bakal pengantin baru nih, tibe aku tersentap sekejap ngan satu hipotesis yg dikeluarkan oleh die berkenaan dengan kenapa orang potong rambut. Ada dua reason yg die state kat situ first sebab putus cinta and lagi satu stress...

owh baru aku terpikir, kalau kumpul2 balik semua reason kenapa aku potong rambut banyak jugalah ye... antara my best 11 reason why i'm having my hair-cut

1- nampak selekeh
2- dah gatal sangat
3- nak ikut rule as a student kat ipta
4- ada sesetengah orang kata rambut aku kalau panjang tak sesuai
5- nampak tua (tambah2 lagi bila siap ada misai)
6- kepala rasa berat
7- dah mak aku suruh
8- tiba2 rasa nak gedik2 g potong rambut
9- influence org ramai (tgk ramai potong rmbut, aku pun ikot)
10- dah bosan dgn rambut panjang

and sebab yang paling2 sebab aku potong rambut is...
aku ada duit, aku nak potong rambut sendiri tak reti, so kena gi kedai... =)

p/s : tak pepasal je rambut dijadikan issue untuk post kali ni... hentam sajalah labu...

Thursday, 27 May 2010

Budaya Membanding Orang

makcik A : eh kau tau tak anak kak ida tu pandai2 semuanya, semua belajar bagus2 ada smpai keluar negara sana nun.

makcik B : ye la kan, x macam anak orang tu, keputusan pun apelah sangat, takat belajar kat tempat tu je.


Dah dah... aku malas nak tulis panjang pasal conversation pasal dua makcik tu, buat lagi panas hati je ada la. Aku bukannya ape, naik panas telinga aku ni bila dengar budaya banding membandingkan antara orang tu dengan orang ni. It not that i can't accept the reality of people with their high achievement but please lah bila kau banding ngan orang2 yang lemah ni... apa yang korang rasa if korang jadi diorang??? It not that they not doing their best in achieving something, it just that they don't have much luck to stand among the others who have it.

korang pikir tak ape yg dorg akan rasa bila korang cakap benda2 camni depan diorang? korang pikir tak ape yg dorg akan rasa bila dapat tahu yang korang cakap benda2 camni belakang diorang? memang mudah mulut korang cakap lepas camtu je, but do u care? korang ada tak afford nak bantu orang2 camtu? kadang2 bila ada orang berjaya, kau sokong die, puji die, lambung2 name die eventhough kau tak rapat sgt pun ngan org tu.... but then bila smpai ada kat orang tu bila die do something yg agak mengecewakan kau keji die, kutuk die padahal dia tu kawan2 kau, sedara mara kau....

come on la makcik2, pakcik2, abang2, kakak2, adik2... budaya ape ni... kita kalau nak membanding2 pun cermin lah diri kita sendiri. Ada x kita berusaha tolong orang tu? Ada x kita bagi motivasi penuh kat orang tu bila die jatuh? Think bout it okay? Mereka pun berperasaan jugak...

Let make it over shall we? Help them, don't keep the pressure on...

p/s : aku x emo okay... =)

Monday, 24 May 2010

Croc's Satu Fenomena

apa yang akan anda fikirkan bila kita mula berbicara tentang sepasang sepatu, selipar mahupun kasut... ada yang mula mengatakan tentang harga, brand, kualiti, style, kesedapan dan bermacam2 lagi...

tapi satu trend yang boleh dikatakan agak ajaib dan menjadi satu wabak yang berjangkit-jangkit melanda kita semua... boleh dikatakan satu fenomena yang dinamakan Fenomena Buaya a.k.a istilah inggerisnya Croc's Phenomena...

jenama mampu milik bukan takat orang berada sahaja malah sehingga mak cik cleaner yang mencuci library hari-hari pun mampu memilikinya... dari shopping complex hinggalah warung mamak, rata2 menunjukkan impak crocs yang agak kuat terhadap dunia trend dan fashion masyarakat Malaysia kini. nak kata style? hurm, agak susah untuk dipertimbangkan sebab tiada apa yang dilihat menarik pada sebuah croc's yang hanya membariskan beberapa jenis pattern yang di rasai tidak cukup dapat menarik minat aku untuk membelinya...

tidak berniat untuk mengutuk tapi tersentap dengan trend yang boleh dikatakan agak unik ini, aku merasakan segelintir daripada mereka hanya membelinya kerana terpengaruh akibat merasakan mereka juga harus memilikinya setelah melihatkan benda ini sebagai satu fashion yang perlu ada pada setiap individu...

yang menariknya tentang croc's adalah bahagian mukanya yang boleh dihias dengan pelbagai jenis corak mahupun gambar yang mampu menarik minat orang yang melihatnya. malah boleh dijadikan satu hobi bagi siapa yang berminat untuk mengumpulnya dan menghiaskan muka selipar croc's tersebut dengan pelbagai cara yang unik dan style...

hurm, pikir2 balik, croc's ni agak menarik sekiranya pemiliknya bijak untuk menghiasi muka seliparnya itu... tapi pada perspektif yang berbeza croc's ini sama sahaja dengan selipar2 sedia ada seperti di pasaran sama sahaja spt selipar P.A, atlantic, puma, nike mahupun adidas...

p/s :selipar jepun??? masih laku lagi ke??? =)

Thursday, 13 May 2010

Sepasang Kasut Itu


Melihat poster nike 5 on 5 street soccer, mengingatkan aku kembali terhadap memori lama aku masa sekolah menengah dulu, dok men bola tepi jalan ngan member2 eventhough bahaya but still menarik as masing2 ada skill n personality tersendiri bila bola berada di kaki

hurm... tiba2 teringat pulak aku masa men futsal ngan kawan2 at TSR court. Agak menarik jugalah, cuz pagi2 lg kitorang dah booking tempat tu. Dah sekian lama tak bersukan di pagi hari, atlast dapat gak turun padang freestyle along with my them especially with Hikari and Skuba yg obviouslly have a great move and skill to show off. Well, eventhought tak dapat team up with them but still team aku menang jugak. Hehehe bercakap tentang futsal, mestilah memerlukan sepasang kasut. Kasut Nike yang aku gunakan selama 2 tahun tu dah hancur, muncung depannya dah ternganga luas macam mulut buaya. start je dari situ, aku kerap kali meminjam kasut rakan2ku. Tak kasut si bear, kasut nanta menjadi mangsanya.

but then...

aku tersentap, sampai bile aku nak pinjam kasut diorg tu... sampai hancur macam kasut aku gak ke? so then one day aku decide untuk gi ke bandar cari kasut untuk main futsal. 1st aku singgah la kat Al-Ikhsan yang baru bukak tu... well customer services die x spt yg aku expected but then takpe lah i just do my own matter... cari la kasut yang agak2 berkenan di hati... offer mmg menarik but still aku x empunya duit yang mencukupi untuk membelinya...

pergilah aku to d other places, 4 seeking my "special shoes". cari punya cari and lastly... sepasang kasut yang sgt affordable menjadi tarikan hati aku... tak cakap banyak, aku terus mintak saiz and paid for it.

as i expected, sampai je kat kolej, member2 mesti x percaya yg aku akan pakai kasut camtu... mula ngan kuzek, alam n then wahsu...

kuzek - "pergh... dibeli jugak kasutnya"
alam - "gile style dowh kasut kau"
wahsu - "mesti kau ada kasut lain kan? ko sorok dalam kete ko kan?"

percaya x percaya dorang kena percaya gak... Kasut Pallas saiz 8 warna putih tu dah menambat hati aku untuk digunakan waktu2 bersukan.

"it is not about the things you wear, but it about you who wear it"

"your skill is not based on what shoes r you wearing but it is from your attitude to learn and practice"